Assalamualaikum.
Apa khabar? Semoga semuanya dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna. Penat?? Ala, sabar je ok,! puasa ni kan wajib, nak tak nak kena puasa jugak, tak gituuu. :)
So, sudah sekian lama jari jemari ni malas untuk menari-nari di atas papan kekunci ni, akhirnya hari ni ku gagahi juga hihi
Hari ni tetibe nak membaca buku Amalan-Amalan meraih Pahala pula and share, sambil baca sambil menaip, baru la ilmu senang sikit nak lekat, in sha Allah :)
PAHALA PUASA
* Allah swt berfirman:
Sesungguhnya orang Islam lelaki dan perempuan. dan orang yang beriman lelaki dan perempuan, dan orang yang taat lelaki dan perempuan, dan orang lelaki serta orang perempuan yang benar, dan orang lelaki dan orang oerempuan yang sabar, dan orang lelaki dan orang perempuan yang khusyuk, dan lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, dan lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatan mereka dan orang lelaki dan orang perempuan yang banyak menyebut nama Allah, Allah telah menyediakan bagi mereka semua keampunan dan pahala yang besar.
( Surah Al-Ahzab ayat 35)
* Sahl bin Saad melaporkan Nabi Muhammad berkata,
" Di syurga ada pintu yang bernama ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan memasuki pintu itu pada hari kiamat. Selain mereka, tidak ada seorang pun yang masuk ke sana. Apabila mereka sudah masuk, pintu itu dikunci, selepas itu tidak ada seorang pun yang masuk."
Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari,Muslim, dan Ibnu Khuzaimah. Ibnu Khuzaimah menambah, " Apabila orang yang terakhir sudah masuk, pintu itu dikunci, dan sesiapa sahaja yang memasuki pintu itu, dia tidak akan berasa kehausan buat selam-lamanya."
* Abu Hurairah melaporkan, Rasulullah s.a.w berkata,
"Allah swt berfirman, ' Setiap amal anak Adam adalah untuk dirinya kecuali puasa. Sesungguhnya ia untuk-Ku dan Aku akan membalasnya.' Puasa itu perisai. Oleh itu, apabila seorang antara kamu berpuasa pada hari itu janganlah berkata rafath (kotor) dan jangan marah. Jika seseorang menghinanya atau memusuhinya. maka katakanlah. ' Sesungguhnya aku sedang berpuasa.' Demi Zat yang jiwa Muhammad berada di dalam (genggaman) tangan-Nya, bau mulut yang berpuasa sesungguhnya lebih baik di sisi Allah daripada wangi minyak misik. Orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan, iaitu apabila dia berbuka puasa dan apabila bertemu dengan Tuhannya."
(HR Bukhari dan Muslim)
* Abdullah bin Amr melaporkan, Rasulullah s.a.w pernah berkata,
"Puasa dan Al-Quran akan memberi syafaat kepada seseorang hamba pada hari kiamat nanti. Puasa berkata, 'Duhai Tuhan! Aku telah menghalang dia makan dan menghalang syahwatnya, izinkan aku memberi syafaat untuknya.' Dan al-Quran akan berkata, 'Duhai Tuhan! Aku telah menghalang dia tidur sepanjang malam, izinkan aku memberi syafaat untuknya.' Beliau menyambung, "Maka kedua-duanya diberi kebebasan memberi syafaat."
(HR Ahmad, Thabrani dan Hakim.)
PAHALA SAHUR
* Anas bin Malik melaporkan, Rasulullah s.a.w berkata,
" Bersahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada barakah."
(HR Bukhari dan Muslim)
*Ibnu Umar menyebut, Rasulullah s.a.w pernah berkata,
"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang yang makan sahur."
(HR Thabrani dan Ibnu Hibban)
*Seorang sahabt Nabi Muhammad s.a.w menceritakan,
"Aku masuk ke rumah Nabi Muhammad s.a.w ketika beliau sedang makan sahur. Beliau berkata, ' Sesungguhnya ini barakah. Allah memberikan ia untuk kamu, kerana itu janganlah kamu meninggalkannya.' "
(HR Ahmad dengan sanad sahih)
Sebenarnya banyak lagi amalan-amalan yang boleh kita meraih pahala, tapi setakat ni je yang boleh dikongsi, ada rezeqi kita share2 lagi ye :)
Assalamualaikum.
(p/s: Baru hari ke 4 puasa semlam dah keluar dekat 'paper' pasal kaki ponteng puasa, haihh tak tahu nak cakap macam mana )
SubhanaAllah, bersyukur kita berpeluang untuk berpuasa di bulan yang mulia ini.. Selamat Berpuas, selamat berbuka dan selamat bersahur. Hehehehe
ReplyDeleteBetul3,, banyak sngat kelebihan bulan puasa ni kita je yang tak tahu :)
ReplyDeleteByk benar pahala utk kita ni yer dibulan posa nikan
ReplyDeleteHaah :) dari segi rohani, jasmani, macam2 klebihan boleh dapat, pahala pun dapat, Allahu akbar
DeleteSalam Ramadhan :)
ReplyDeletesalam Ramadhan :) semoga kita beroleh keberkatan di bulan mulia ni
DeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteJom sebarkan ibadah yang boleh digandakan di bulan Ramadhan ini dengan join GA saya ini :
http://ummudd80.blogspot.com/2014/07/ihya-ramadhan-giveaway-by-ummudd80.html
in sha Allah saya join :)
Delete