Tuesday, 22 July 2014

Jodoh dan Hidayah

Assalamuaalaikum.

Hari ni tak tahu nak cakap apa just nak kongsi gambar.

So, korang cari la maksud yang terurat dan tersirat di sebalik kata-kata tu ok. :)

Wednesday, 16 July 2014

Pemuda Kita vs Pemuda Palestin

Assalamualaikum.

Minggu lepas dyan berkesempatan berbuka puasa di kampung halaman, excited la jugak kann nak feeling-feeling berbuka dengan nenek, hihi

Sewaktu melalui lebuh raya di Kuala Lumpur kira-kira jam 2.00 pagi cenggitu, ada gelagat manusia yang buat dyan rasa kurang gemar dan terdetik di hati ni nak share.
Ternampak la sekumpulan mat-mat rempit ni dok merempit dekat tengah-tengah jalan, berkumpul tepi jalan ramai-ramai.

Masa tu dyan teingatkan nasib yang menimpa Palestin. Dyan terfikir, ibu bapa Palestin mempersiapkan anak-anak lelaki mereka sejak dari kecil untuk berjihad mempertahankan agama, tapi pemuda disini?? Mereka di sana hidup dengan berpegang teguh pada al-Quran, sebab itu zionis sibuk nak hancurkan mereka.susah. tapi kita???

pemuda palestin (ihsan google)

pemuda kita (ihsan google)


Pemuda-pemuda di sana baik yang kecil mahupun yang tua sibuk mempertaruhkan nyawa untuk agama, tapi pemuda di sini sibuk mempertaruhkan nyawa di jalan raya, sangat laa tidak berbaloiii. Rasanya macam peribahasa ' pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara' dah tak kena dah dengan situasi sekarang.

pemuda palestin (ihsan google)

Pemuda Palestin berani berhadapan zionis dan kena pada tempatnya tindakan mereka, tapi pemuda di sini masing-masing dok nak tunjuk lagak samsenggg.

pemuda palestin (ihsan google)

pemuda kita (ihsan google)

Kalau iya pun nak berseronok, tolonglah berfikir sejenak nasib yang menimpa saudara kita di sana. tolonglah hadirkan sedikit rasa simpati dalam diri tu, kalau sayang sangat masa untuk berseronok tu, korbankanlah hanya 1 minit sahaja untuk doakan kesejahteraan mereka. Sesungguhnya senjata mukmin adalah Doa.

Kita tak alami jadi kita tak tahu penderitaan mereka, jadi tolonglah hormat sedikit. Lagi pun sekarang ni kan bulan Ramadhan, bulan yang muliaaa tu braderrr. Kalau kita nak orang hormat kita, kita kena tunjuk perilaku yang baik, macam tu jugak dengan agama, macam mana orang lain nak hormat orang Islam kalau orang Islam sendiri menunjukkan peribadi yang tak baik.

(p/s:  saya sayang akhirat saya sebab itu saya menegur :) bukan nak mengutuk, tapi kenyataan. Ingin ditekankan di sini, bukanlah semua pemuda kita macam tu, hanya segelintir.)

 PRAY FOR GAZA.

Assalamualaikum.

Thursday, 10 July 2014

WF : BELIEVE

Assalamualaikum.
 
Macam biasa la, hari Jumaat bulan puasa ni kita nak share lagu2 yang bersifat ketuhanan sikit :)
 
Jom kali ni kta layan lagu ni.
 
Believe- Saif Adam
 
 
In a world full of confusion
Where we walk with pain in our hearts
O Allah guide us to heaven and show us all the right path

We pray that He'll forgive us and tears forever fall
Looking for a happy ever after when we are gone
I can be free nobody's holding me
I'm on the road to be
Where Allah is pleased with me.

Chorus
We can be free
When we believe it
بالإيمان تصفو لنا الحياة
We can be free
When we believe it
نحيا في دنيانا بحب الله

Little children with smiles on their faces
Wake up each day by saying His name
O Allah show us your mercy and brighten all of our day's

Your words were sent to release us 
From the jaws of evil and hate
You're the master of all existence you hold our fate.

I can be free nobody's holding me
I'm on the road to be
Where Allah is pleased with me.

Chorus
We can be free
When we believe it
بالإيمان تصفو لنا الحياة 
We can be free
When we believe it
نحيا في دنيانا بحب الله 
 

Tuesday, 8 July 2014

Lupa Satu Keperluan

Assalamualaikum.


Pelik dengan entry tu?? ^.^

  Jangan pelik-pelik ok. Bila fikirkan balik betul juga sebenarnya yang dalam hidup kita ni, lupa merupakan satu keperluan. Bukan apa, kadang-kadang bila kita menghadapi masalah dalam kehidupan, salah satu cara untuk kita bangkit adalah dengan LUPAkan masalah tu, betul tak??

Bayangkan kalau kita kehilangan ahli keluarga, adakah kita nak meratapi pemergian mereka sepanjang hidup?? Itulah gunanya lupa dlam kehidupan kita. Memang kita tak akan lupa saat kehilangan mereka, tetapi dengan LUPA kita dapat bangkit hari demi hari untuk teruskan sisa-sisa hidup dekat dunia ni.

Selalu kita dengar,atau masa dok layan cerita-cerita Melayu tu, bila ada yang patah hati, mesti akan ada yang cakap, " Lupakan lah dia tu", iye dok?? 

Cuba ambil masa kita fikirkan, dari kita kecil sampai kita besar, pernah tak kita ada masalah dengan siapa-siapa, atau ada masalah peribadi. Kalau ada ,cuba fikir pada 10 minit yang lepas adakah kita terfikirkan masalah tu??

Tanpa LUPA kita tak akan dapat menjalani hidup kita macam sekarang,
kita tak akan beroleh kebahagian,
kita tak akan dapat capai matlamat yang kita nak,
kita tak akan bangkit dari kegagalan,
kita tak akan dapat yang terbaik,
kita tak akan dapat tingkatkan perubahan diri.


Tapi, lupa tu bukan bermakna kita kena lupakan 100% apa yang dah kita lalui, ia cuma merupakan satu titik tolak untuk kita melakukan satu perubahan dalam menjalani kehidupan yang baru. dan perlu diingat, lupa ni juga bukan satu tiket untuk kita lupa kepada perkara yang lebih penting. :)

Assalamualaikum

(p/s: Allah jangan dilupa :) )
 

Friday, 4 July 2014

Ihya' Ramadhan - Giveaway By Ummudd80

Assalamualaikum :) 
Hari ni Dyan dijemput untuk join Ga ni, so, korang kalau nak join pun boleh juga

Ihya' Ramadhan | Giveaway | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa 

KLIK BANNER untuk join !

Hadiah menarik menanti,,!

Tarikh tutup: 21 Julai 2014

WF : It's Jumuah (Friday)

Assalamualaikum.

Hari ni kita nak rehat-rehat je ok,

Jom layan lagu ni :)
It's Jumuah (Friday)


5AM Waking up for Fajr
Got to make Wudu, got to pray my Sunnah
Got to make Ghusl, got to clip my nails
Looking outside, the sun is rising up in the sky
Everybody's rushing
Got to get down to the masjid
Got to say "Salam!" to the Imam

Sitting in the first Saff (row), chilling in the back Saff (row)
Got to make my mind up... Do what the prophet did!

It's Jumuah! Jumuah!
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody's looking forward to His mercy, mercy
Jumuah! Jumuah!
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody's looking forward to the Ajr
Miswaking!, Miswaking! 
Miswaking!, Miswaking! 
Pray, Pray , Pray, Pray
Got to read Surat Al-Kahf

12:45 the Imam's on the minbar, talking about something like "Fiqh Az-Zakat"
They're whispering, chatting from the crowd, don't they know that it's haram
I stand up, you stand up, prayer's about to start "Qad, Qaamat es-Salaah"
Foot to foot! shoulder to shoulder! Just don't step on me!

Sitting in the first Saff (row), chilling in the back Saff (row)
Got to make my mind up... Do what the prophet did!

It's Jumuah! Jumuah!
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody's looking forward to his mercy, mercy
Jumuah! Jumuah!
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody's looking forward to the Ajr
Miswaking!, Miswaking! 
Miswaking!, Miswaking! 
Pray , Pray, Pray , Pray
Got to read Surat Al-Kahf

It's Jumuah Jumuah
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody's looking forward to His mercy, mercy
Jumuah! Jumuah!
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody's looking forward to His mercy

Thursday, 3 July 2014

Pahala Puasa dan Sahur

Assalamualaikum.

 Apa khabar? Semoga semuanya dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna. Penat?? Ala, sabar je ok,! puasa ni kan wajib, nak tak nak kena puasa jugak, tak gituuu. :)

So, sudah sekian lama jari jemari ni malas untuk menari-nari di atas papan kekunci ni, akhirnya hari ni ku gagahi juga hihi

Hari ni tetibe nak membaca buku Amalan-Amalan meraih Pahala pula and share, sambil baca sambil menaip, baru la ilmu senang sikit nak lekat, in sha Allah :)

PAHALA PUASA

* Allah swt berfirman:

Sesungguhnya orang Islam lelaki dan perempuan. dan orang yang beriman lelaki dan perempuan, dan orang yang taat lelaki dan perempuan, dan orang lelaki serta orang perempuan yang benar, dan orang lelaki dan orang oerempuan yang sabar, dan orang lelaki dan orang perempuan yang khusyuk, dan lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, dan lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatan mereka dan orang lelaki dan orang perempuan yang banyak menyebut nama Allah, Allah telah menyediakan bagi mereka semua keampunan dan pahala yang besar.
( Surah Al-Ahzab ayat 35)

* Sahl bin Saad melaporkan Nabi Muhammad berkata,

" Di syurga ada pintu yang bernama ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan memasuki pintu itu pada hari kiamat. Selain mereka, tidak ada seorang pun yang masuk ke sana. Apabila mereka sudah masuk, pintu itu dikunci, selepas itu tidak ada seorang pun yang masuk."
Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari,Muslim, dan Ibnu Khuzaimah. Ibnu Khuzaimah menambah, " Apabila orang yang terakhir sudah masuk, pintu itu dikunci, dan sesiapa sahaja yang memasuki pintu itu, dia tidak akan berasa kehausan buat selam-lamanya."

* Abu Hurairah melaporkan, Rasulullah s.a.w berkata,

"Allah swt berfirman, ' Setiap amal anak Adam adalah untuk dirinya kecuali puasa. Sesungguhnya ia untuk-Ku dan Aku akan membalasnya.' Puasa itu perisai. Oleh itu, apabila seorang antara kamu berpuasa pada hari itu janganlah berkata rafath (kotor) dan jangan marah. Jika seseorang menghinanya atau memusuhinya. maka katakanlah. ' Sesungguhnya aku sedang berpuasa.' Demi Zat yang jiwa Muhammad berada di dalam (genggaman) tangan-Nya, bau mulut yang berpuasa sesungguhnya lebih baik di sisi Allah daripada wangi minyak misik. Orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan, iaitu apabila dia berbuka puasa dan apabila bertemu dengan Tuhannya."

(HR Bukhari dan Muslim)

* Abdullah bin Amr melaporkan, Rasulullah s.a.w pernah berkata,

"Puasa dan Al-Quran akan memberi syafaat kepada seseorang hamba pada hari kiamat nanti. Puasa berkata, 'Duhai Tuhan! Aku telah menghalang dia makan dan menghalang syahwatnya, izinkan aku memberi syafaat untuknya.' Dan al-Quran akan berkata, 'Duhai Tuhan! Aku telah menghalang dia tidur sepanjang malam, izinkan  aku memberi syafaat untuknya.' Beliau menyambung, "Maka kedua-duanya diberi kebebasan memberi syafaat."

(HR Ahmad, Thabrani dan Hakim.)

PAHALA SAHUR

* Anas bin Malik melaporkan, Rasulullah s.a.w berkata,

" Bersahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada barakah."

(HR Bukhari dan Muslim)

*Ibnu Umar menyebut, Rasulullah s.a.w pernah berkata,

"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang yang makan sahur."

(HR Thabrani dan Ibnu Hibban)

*Seorang sahabt Nabi Muhammad s.a.w menceritakan,

"Aku masuk ke rumah Nabi Muhammad s.a.w ketika beliau sedang makan sahur. Beliau berkata, ' Sesungguhnya ini barakah. Allah memberikan ia untuk kamu, kerana itu janganlah kamu meninggalkannya.' "

(HR Ahmad dengan sanad sahih)

Sebenarnya banyak lagi amalan-amalan yang boleh kita meraih pahala, tapi setakat ni je yang boleh dikongsi, ada rezeqi kita share2 lagi ye :)

Assalamualaikum.

(p/s: Baru hari ke 4 puasa semlam dah keluar dekat 'paper' pasal kaki ponteng puasa, haihh tak tahu nak cakap macam mana )