Assalamualaikum.
Minggu lepas dyan berkesempatan berbuka puasa di kampung halaman, excited la jugak kann nak feeling-feeling berbuka dengan nenek, hihi
Sewaktu melalui lebuh raya di Kuala Lumpur kira-kira jam 2.00 pagi cenggitu, ada gelagat manusia yang buat dyan rasa kurang gemar dan terdetik di hati ni nak share.
Ternampak la sekumpulan mat-mat rempit ni dok merempit dekat tengah-tengah jalan, berkumpul tepi jalan ramai-ramai.
Ternampak la sekumpulan mat-mat rempit ni dok merempit dekat tengah-tengah jalan, berkumpul tepi jalan ramai-ramai.
Masa tu dyan teingatkan nasib yang menimpa Palestin. Dyan terfikir, ibu bapa Palestin mempersiapkan anak-anak lelaki mereka sejak dari kecil untuk berjihad mempertahankan agama, tapi pemuda disini?? Mereka di sana hidup dengan berpegang teguh pada al-Quran, sebab itu zionis sibuk nak hancurkan mereka.susah. tapi kita???

pemuda palestin (ihsan google)
pemuda kita (ihsan google)
Pemuda-pemuda di sana baik yang kecil mahupun yang tua sibuk mempertaruhkan nyawa untuk agama, tapi pemuda di sini sibuk mempertaruhkan nyawa di jalan raya, sangat laa tidak berbaloiii. Rasanya macam peribahasa ' pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara' dah tak kena dah dengan situasi sekarang.
pemuda palestin (ihsan google)
Pemuda Palestin berani berhadapan zionis dan kena pada tempatnya tindakan mereka, tapi pemuda di sini masing-masing dok nak tunjuk lagak samsenggg.
pemuda palestin (ihsan google)
pemuda kita (ihsan google)
Kalau iya pun nak berseronok, tolonglah berfikir sejenak nasib yang menimpa saudara kita di sana. tolonglah hadirkan sedikit rasa simpati dalam diri tu, kalau sayang sangat masa untuk berseronok tu, korbankanlah hanya 1 minit sahaja untuk doakan kesejahteraan mereka. Sesungguhnya senjata mukmin adalah Doa.
Kita tak alami jadi kita tak tahu penderitaan mereka, jadi tolonglah hormat sedikit. Lagi pun sekarang ni kan bulan Ramadhan, bulan yang muliaaa tu braderrr. Kalau kita nak orang hormat kita, kita kena tunjuk perilaku yang baik, macam tu jugak dengan agama, macam mana orang lain nak hormat orang Islam kalau orang Islam sendiri menunjukkan peribadi yang tak baik.
(p/s: saya sayang akhirat saya sebab itu saya menegur :) bukan nak mengutuk, tapi kenyataan. Ingin ditekankan di sini, bukanlah semua pemuda kita macam tu, hanya segelintir.)
PRAY FOR GAZA.
Assalamualaikum.





