Wednesday, 25 June 2014

Segmen Kapas Putih Julai Bloglist

Assalamualaikum.

Ada keje tak?? Tak de?? Haa,, apa kata jom pakat ramaii-ramaii join segmen ni :) 

SEGMEN: Kapas Putih Julai Bloglist 
Klik Banner untuk Join
 
Semua yang join SEGMEN: Kapas Putih Julai Bloglist akan dapat masuk dalam Kapas Putih Bloglist Julai 2014.
Segmen ni berakhir pada 11.59 pm, 30 June 2014.

Berapa banyak penyertaan?? Takder had. Kalau 10 orang join, maka dalam bloglist tu akan ada 10 blog. Tapi kalau ada sorang je, jangan risau juga sebab segmen takkan terbatal, makanya satu blog saja la yang akan ada dalam bloglist.. Sekian terima kasih dan selamat bersegmen semua :D
 
(p/s: ayat tu Dyan copy paste dari tuan empunya blog ok,! )

Al-Quran penawar penyakit

Assalamualaikum.

Apa khabar semua? sihat tak? Moga-moga sihat la yerr. Maklumlah keadaan sekarang yang tak menentu, dengan jerebu, fenomena El nino dan sebagainya, mesti ramai yang jatuh sakit. So, jaga kesihatan ya semua :)

Cerita pasal sakit, Dyan tiba-tiba teringat masa tangan dyan sakit- sakit hari tu. Tak tahu lah kenapa. T.T
Sekejap tangan kiri, lepas tu pergi tangan kanan pula, kalau nak lagi best bila kena dua-dua belah tangan. Adoyaiii mengucap panjang je la. Hampir 2 minggu jugak la tangan ni sakit, sengal-sengal macam tu. Satu sikap Dyan yang memang tak boleh nak tinggal bila sakit, memang tak suka makan ubat. Lagi satu mungkin sebab Dyan jarang sangat sakit, kadang-kadang dalam setahun tu tak ada la sakit ke, demam ke, Alhamdulillah, syukur. cuma selsema je tak boleh elak, dah macam kawan rapat, kawan sejati dah. Dyan lari dia ikut, haihh geram ceqqq,!

Dyan cakap la dengan mak,
"Mak, tangan ni sakit la," sambil urut2 tangan, buat muka sepuloh sen.
"Salah tidur kot"
" -.-' "
Ok. Fine, ingatkan mak nak la tolong urut-urut kan ke, tengok tangan ke, tapi 3 patah perkataan tu je yang mak i cakap uolllsss :) Haihhh, sabor je la hihi

Bila ingat-ingat balik, baru Dyan dapat jawapan. Rupanya dah lama Dyan tak mengaji. Jarang sangat. Selalunya tiap kali lepas solat tangan ni rajin je nak selak Al-Quran tu, 2 helai m/s pun jadi la, tapi sejak kbelakangan tuh, mengaji pun kadang-kadang je, lepas Zuhur tak pun Asar. nampak tak kemalasan nya disitu. jangan ditiru ye huhu

Dyan pun start mengaji balik, sambil baca sambil urut-urut tangan ni. Kadang-kadang bila ada masa Dyan baca selawat syifa' lepas tu sapu kat tangan, urut-urut kan dia. Masa baca selawat syifa' dengan urut tuh, niatkan jugak dalam hati semoga Allah beri kita kesihatan yang baik, letakkan sepenuh kepercayaan dan kebergantungan kita pada Allah. Jangan mengharap, mendesak Allah pulih kan sakit kita. Doa,Usaha,Doa,Usaha,Ikhtiar, Tawakal. Insha Allah kita akan kembali sihat. Mungkin Allah nak ingatkan saya supaya jangan jauh daripada-Nya dengan memberi sakit itu. Sungguh Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Dyan memang tak percaya sangat dengan ubat ni, cikgu Dyan pernah cakap dulu, 'ubat ni bukan untuk menyembuhkan penyakit,tapi untuk meredakan sahaja'. So, kita sebagai yang muslim ni apa kata kita cuba alternatif lain, kita guna kan kalimah Allah.


So, mungkin kalau ada yang kata, 'alah sakit tangan je, cuba kalau sakit yang teruk-teruk tu.', in sha Allah, saya percaya pada Allah, saya percaya dengan segala apa yang Dia lakukan pasti ada sebabnya kerana Allah tak akan melakukan sesuatu tanpa sebab. 

(p/s: sekadar perkongsian bersama. Jangan makan ubat banyak2 tau nanti boleh memudaratkan :) )

Assalamualaikum

Monday, 23 June 2014

Nasihat itu Penting

Assalamualaikum.

Sihatkah semua?? Semoga semuanya diberikan kesihatan yang baik. kepada yang tak sihat tu, jangan mengeluh ok, sakit tu kan kafarah dosa. betul tak?? jadi ucapkan, Alhamdulillah. :)

Hari tu masa isu peminat Nabila Huda ajak dia tukar agama tu jadi 'hot', dyan ada la juga jenguk-jenguk Insta dia. bukan guna fon, tapi guna laptop je mampu.. mana la kita ada duit nak beli handset mahal-mahal uolllsss. hihi

 Niat hati ni saja je nak usha-usha Insta dia, jauh sekali nak puji keseksian dia, ohhh pelissss lah, yang bertutup itu lagi indah ok.! Tapi,masa tengah syok-syok tengok gambar dia, dyan ambil la kesempatan baca komen-komen dia, ada yang memuji dan ada yang menegur. Bila ada yang menegur Nabila tu, tup! tup! ada pula yang menegur sesama sendiri, aduh,! parah ni.

 ihsan Mr.Google

Itulah yang dyan nampak, bila ada yang memberi nasihat, menegur ke arah kebaikan, ada pula yang kata kita ni berlagak baiklah, nak jadi ustazahlah, macam-macam lagi. Salah ke apa yang kita buat?? Bukankah mencegah kemungkaran itu wajib bagi seorang Islam?? Nanti bila disoal di akhirat sana, jangan kata kami tak tegur pula eh, :)


Bila ada orang bagi nasihat tu, tandanya orang prihatin dan sayang kan kita. Kita hidup kat dunia ni saling berkongsi la kawan,! Buat baik pun kena la ajak orang lain juga, sama-sama dapat pahala, sama-sama masuk syurga, tak gitu??? :)


Tapi, kepada yang menegur tuh, biarlah kena pada tempatnya, ada adabnya. jangan main terjah je ikut suka hang pa semua. Yang paling penting nasihat biar betul-betul, bukan nak berbangga-bangga.Biar kita tegur-menegur,nasihat-menasihati untuk kita sentiasa berpijak di atas bumi yang nyata. Jangan sudah terhantuk baru terngadah. Sentiasa perbaiki diri dan cuba terima setiap kritikan atau nasihat dari sudut yang positif. In sha Allah kita akan dapat terima.

 

Yang paling penting, sejauh mana kita terpesong, setinggi mana kita berdiri, berbaliklah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa ada untuk hamba-Nya :)
(p/s: saya tidak mempunyai ilmu agama yang tinggi, tetapi cukuplah ini untuk mengingati diri sendiri)

Assalamualaikum.

Segmen Blogwalking Sebelum Puasa

Assalamualaikum.

http://www.ayuinsyirah.my/2014/06/segmen-blogwalking-sebelum-puasa.html

 Hari ni dyan dijemput kak ayu insyirah untuk join segmen beliau.
so, kepada sesiapa yang tak ada kerja tu meyh la join :)
KLIK BANNER untuk join ok,!
Tamat 28 Jun 2014 pukul 10.00 malam :)

Wednesday, 18 June 2014

Segmen Blogwalking & Bloglist by Aniesa Ahmad

Segmen Blogwalking & Bloglist by Aniesa Ahmad

Segmen

Jalan2 blog orang tiba-tiba ternampak segmen ni, apalagi join la disebabkan ceq ni budak baru belajar kan,, so nak kena la tambah kenalan sikit :) Apa kata kita semua pakat join segmen ni nak?

Jom join segmen ni :)
Klik banner ok. :)
 Selamat Berkenalan

SEGMEN BLOGWALKING SUMMER BREAK

Assalamualaikum.

Jom join segmen ni :)
http://kataubaid.blogspot.com/2014/06/segmen-blogwalking-edisi-summer-break.html 

 klik banner untuk join ok ^.^
 Follower kini 4 sahaja, haha (kelakar kannn,, newbie :) )

Salam Ramadhan :D

Assalamualaikum.

Tuesday, 17 June 2014

Si Pengutip Sampah

Assalamualaikum.

Tadi tengah duduk-duduk, tiba-tiba dengar bunyi kuat, ooo ya, lori sampah datang. :)
Aku tengok je mereka bekerja, pergi dari satu rumah ke satu rumah, kutip semua sampah-sampah yang kita dah buat. Rasa sayu sangat.


Aku tahu kadang-kadang mesti diorang pernah di caci,
"eee busuk la"
"geli aku tengok diorang"
"tu lah, dulu tak nak belaja rajin-rajin, kan dah kena kutip sampah"
Banyak kata-kata kotor yang dilemparkan, tapi diorang tetap bekerja. Biasalah, orang yang tak tahu bersyukur memang akan cakap macam tu. Diorang tahu makan, buat sampah, campak. Settle. Yang kena kutip, yang kena kemas, kena caci, diorang.
Aku tabik sangat dekat diorang sebab tanpa diorang, kita akan hidup dengan sampah. Bukan calang-calang orang boleh buat kerja ni. Orang lain tahu cakap je, buatnya tak nak. Lepas tu tahu nak kutuk-kutuk. Heiii,, apalah salah diorang.


Jujur, aku sendiri pun belum tentu mampu nak buat kerja macam diorang, sebab tu aku hormat diorang. Aku tahu aku tak sekuat dan setabah diorang.
Kita tak sepatutnya kutuk-kutuk diorang, sebab kita tak tahu perjalanan hidup seseorang. Yang penting apa yang diorang buat tu HALAL. bukan makan minum je nak kena halal, rezeqi yang dicari pun mestilah HALAL.


So, cuba terima setiap kekurangan dan kelebihan setiap insan, sebab tak ada manusia yang 'perfect' dekat dunia ni. Barulah kita akan hidup aman dan harmoni :)

( p/s: Aku rasa diorang ni patut diberi penghargaan la :) )


Aku tabik dengan hang pa.!!!

Assalamualaikum.

Monday, 16 June 2014

FifaWorldCup : Aku Tetap Tak Faham

Assalamualaikum.

Mataku tertumpu pada peti televisyen itu. Asyik.
Benda bulat yang beterbangan tanpa sayap itu seolah-olah mengunci mata aku terhadapnya. Dahsyat.
Kelihatan ramai orang mengejar ia. 
Aku pelik. Apa yang 'special' dengan benda bulat tu?.
Mereka mengejar macam hilang arah. Tetapi aku tetap suka. Mungkin.
Tiba-tiba...
Benda bulat itu memasuki satu pintu yang seolah-olah jala yang sangat besar.
Aku menjerit, Goollllll !!!!!
Tetapi, ayahku diam.
Rupa-rupanya,,,
Oooo Ok fine. 
Offside.
Aku tetap tak faham.
Walaupun aku cuba, tapi tetap tak.!
Mungkin aku kena jerit Golll bila orang lain jerit. Tapi nanti aku digelar pembelot.

Kesudahannya, 
lebih baik aku baca surat khabar, tengok kputusannya -.-'

*aku menunggu jejaka idaman hati ku main :)
#FifaWorldCup


Assalamualaikum

Wednesday, 11 June 2014

Masak-Makan

Assalamualaikum.

Lama jugak tak tengok2 blog ni, maklumlah dah jadi penganggur terhormat kan, so kemalasan dia tuh membuak-buak lah jawabnya. :)

But, tak ada la bosan sangat pun sebab budak2 cuti sekolah kan, ada la teman nak borak-borak, nak makan sama-sama, nak marah, nak gaduh. hihi mengada pula aku kannn

So, masa adik2 aku cuti sekolah ni la untuk aku manfaatkan masa tuh sepenuhnya, tak ada la aku dok buat muka seposen je lepas kemas rumah kan. Macam-macam yang aku buat, yang penting semuanya aktiviti menggemokkan badan hihi :) Tugas aku tengok youtube, masak. hamboii kemain senang keje ni, agak2 ada tak orang yang nak kan perkhidmatan aku ni huhu

Makanan pertama yang aku try, Macaroon.

Memang first time buat, fail la kan, cair bebenor. Tapi disebabkan aku jakun tak pernah makan macaroon ni, pernah makan sekali je, so aku gagahkan la diri ni belaja daripada youtbe, berguru dengan Anna Olson, semua haha only in youtube ok.  Alhamdulillah akhirnya jadi la jugak, boleh la buat kenyang perut sendiri dengan adik2 kan. Inilah hasilnya,, Tadaaaaa....

 Ok fine, tak comel mana pun, please jangan gelak :'(

 and ini yang third time buat. Walaupun saiznya tak sama, hodoh, selekeh, ada aku kisah?  Aku nak tunjuk juga hihi tapi rasanya tetap manis macam tuannya :) *muntah hijau -.-'

Diberi kesempatan balik kampung, apa lagi, berguru dengan nenek la. Tak main dah Jamie Oliver, Anna Olson semua tuh, nenek aku lagi hebatt. Katenyerrr. Macam-macam resepi yang aku dapat kat sana, Buat kuih Serabai Melaka, Kuih Ros, Biskut kacang. Sonang je rupanya kuih tradisional ni habaq hangg..
Ni adalah kuih Serabai Melaka,
tolong jangan buat muka peliks kat sini, memang tak serabai mana pun kuih ni, tuan yang buat kuih ni yang serabai, terpaksa tunggu kuih ni masak, hihi 
Nak resepi?? haha boleh-boleh, kata orang jangan kedekut ilmu, betul tak :)


Ni febret ceq, kuih paling senang di dunia. Kuih Ros
, or Kuih Loyang or what ever ape korang nak panggil pun. Kuih ni  I jual untuk bulan Ramadhan. maklumlah dah nak dekat kan, so tiba masa untuk ambil tempahan :) Alhamdulillah dah ada tempahan yang masuk, moga-moga dimurahkan rezeqi. Btw kuih ni aku buat sedang-sedang elok je, tak manis, tak tawar. Kata orang, kurang kan manis dalam makanan, tambahkan manis dalam senyuman, tak gituuu :) 50 biji RM10 sahaja. Bukan senang nak dapat kuih tradisional sekarang ni kan hihi Btw kalau ada yang nak order sila pm di fb, email, or comment or msej ok :)



Nampak tak muffin coklat kat bawah tu?? haha first time buat terus naik comell macam tuh, Alhamdulillah :)


terliuq pula ceq tengok,puasa2 ni.

So, itu je yang boleh aku kongsi, otak pun dah tepu. Ramdhan dah dekat, siapa yang tak ganti puasa tuh, jangan lambat2kan :) Semoga kita bertemu Ramadhan yang dinanti. In Sha Allah.
Assalamualaikum.

Email: dia_yana95@ymail.com