Wednesday, 25 June 2014

Al-Quran penawar penyakit

Assalamualaikum.

Apa khabar semua? sihat tak? Moga-moga sihat la yerr. Maklumlah keadaan sekarang yang tak menentu, dengan jerebu, fenomena El nino dan sebagainya, mesti ramai yang jatuh sakit. So, jaga kesihatan ya semua :)

Cerita pasal sakit, Dyan tiba-tiba teringat masa tangan dyan sakit- sakit hari tu. Tak tahu lah kenapa. T.T
Sekejap tangan kiri, lepas tu pergi tangan kanan pula, kalau nak lagi best bila kena dua-dua belah tangan. Adoyaiii mengucap panjang je la. Hampir 2 minggu jugak la tangan ni sakit, sengal-sengal macam tu. Satu sikap Dyan yang memang tak boleh nak tinggal bila sakit, memang tak suka makan ubat. Lagi satu mungkin sebab Dyan jarang sangat sakit, kadang-kadang dalam setahun tu tak ada la sakit ke, demam ke, Alhamdulillah, syukur. cuma selsema je tak boleh elak, dah macam kawan rapat, kawan sejati dah. Dyan lari dia ikut, haihh geram ceqqq,!

Dyan cakap la dengan mak,
"Mak, tangan ni sakit la," sambil urut2 tangan, buat muka sepuloh sen.
"Salah tidur kot"
" -.-' "
Ok. Fine, ingatkan mak nak la tolong urut-urut kan ke, tengok tangan ke, tapi 3 patah perkataan tu je yang mak i cakap uolllsss :) Haihhh, sabor je la hihi

Bila ingat-ingat balik, baru Dyan dapat jawapan. Rupanya dah lama Dyan tak mengaji. Jarang sangat. Selalunya tiap kali lepas solat tangan ni rajin je nak selak Al-Quran tu, 2 helai m/s pun jadi la, tapi sejak kbelakangan tuh, mengaji pun kadang-kadang je, lepas Zuhur tak pun Asar. nampak tak kemalasan nya disitu. jangan ditiru ye huhu

Dyan pun start mengaji balik, sambil baca sambil urut-urut tangan ni. Kadang-kadang bila ada masa Dyan baca selawat syifa' lepas tu sapu kat tangan, urut-urut kan dia. Masa baca selawat syifa' dengan urut tuh, niatkan jugak dalam hati semoga Allah beri kita kesihatan yang baik, letakkan sepenuh kepercayaan dan kebergantungan kita pada Allah. Jangan mengharap, mendesak Allah pulih kan sakit kita. Doa,Usaha,Doa,Usaha,Ikhtiar, Tawakal. Insha Allah kita akan kembali sihat. Mungkin Allah nak ingatkan saya supaya jangan jauh daripada-Nya dengan memberi sakit itu. Sungguh Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Dyan memang tak percaya sangat dengan ubat ni, cikgu Dyan pernah cakap dulu, 'ubat ni bukan untuk menyembuhkan penyakit,tapi untuk meredakan sahaja'. So, kita sebagai yang muslim ni apa kata kita cuba alternatif lain, kita guna kan kalimah Allah.


So, mungkin kalau ada yang kata, 'alah sakit tangan je, cuba kalau sakit yang teruk-teruk tu.', in sha Allah, saya percaya pada Allah, saya percaya dengan segala apa yang Dia lakukan pasti ada sebabnya kerana Allah tak akan melakukan sesuatu tanpa sebab. 

(p/s: sekadar perkongsian bersama. Jangan makan ubat banyak2 tau nanti boleh memudaratkan :) )

Assalamualaikum

6 comments :

  1. Saya ada juga nasihat patient.. Ubat memang kene makan. Tapi janganlah lupe berdoa kat Allah. Yang sembuhkan kite, Allah..ubat tu hanya usaha kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul3 :) usaha dan letakkan Allah tu yang pertama sekali, in sha Allah sihat

      Delete
  2. thanx untuk perkongsian ni... ye, penyembuhan tu semua dengan izin Allah..

    ReplyDelete
  3. Betul tu, kita dapat sakit pun dari Allah sebab Allah nak kita minta pd NYa.. Lagipun, sakit tu penghapus segala dosa2 kecil. Bersabar lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, sabar tu kan separuh daripada iman :)

      Delete

Awak yang baik.! Terima kasih ye sudi baca dan komen. Jangan lupa tinggalkan link. I follow :)